Aaliyah cipta rekod di Florida

Aaliyah cipta rekod di Florida

AKSI Aaliyah Yoong Hanifah ketika beraksi pada kejohanan Fluid Summer Showdown di Florida, baru-baru ini. - IHSAN HANIFAH YOONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah melakukan persiapan terbaik menjelang Sukan Dunia bulan depan apabila memecah dua rekod Asia, selain mencatat tiga rekod peribadi terbaik pada kejohanan Fluid Summer Showdown di Polk City, Florida baru-baru ini.

Aaliyah mencipta pencapaian luar biasa dengan melepasi 8,000 mata buat pertama kali dalam acara kegemarannya, tricks dengan meraih 8,080 mata untuk menduduki tempat kedua pada pusingan pertama. Peserta Amerika Syarikat (AS), Erika Lang muncul pemenang dengan 11,420 mata.

Atlet berusia 18 tahun itu kemudian menamatkan saingan dengan 7,300 mata di pusingan kedua. Rekod Asia dan catatan terbaik sebelum ini adalah 7,680 mata dilakukan pada Kejohanan Asia 2019.

Aaliyah kemudian meneruskan rentak cemerlang dalam acara jump apabila melakukan 41.9 meter (m) pada pusingan kedua, memperbaharui catatan 41.4m dilakukan di Moomba Masters, di Melbourne, Mac lalu.

“Saya sangat bersyukur dapat kembali beraksi di Florida selepas empat tahun. Ini merupakan kejohanan yang baik untuk saya kerana semua peserta dilihat menyaingi rekod peribadi bagi membuktikan kemampuan dan kedudukan dengan tekanan yang cuma minima.

“Suasana yang baik kerana dikelilingi oleh ramai atlet ski dan rakan-rakan di tempat ini yang saya kira sebagai salah satu tempat terbaik untuk ski air di Florida. Walaupun keluasannya agak kecil, namun angin di sini sangat baik untuk acara lompatan.

“Saya juga sebenarnya tidak sangka dapat beraksi dengan sangat tenang sepanjang pertandingan dan itu sangat membantu mendapatkan markah yang baik,” katanya satu kenyataan hari ini.

Aaliyah yang merupakan Duta Yayasan Sime Darby dan menghuni ranking ke-14 kategori tricks terbuka wanita akan menyertai kejohanan June Okee 3-Event Record di West Palm Beach, Florida pada 25-26 Jun sebelum beraksi pada Sukan Dunia di Birmingham, Alabama dari 7 hingga 17 Julai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya