4,700 peserta hangatkan L’Etape Malaysia

4,700 peserta hangatkan L’Etape Malaysia

PESERTA yang menyertai L’Etape Malaysia oleh Tour De France memulakan kayuhan seawal pagi di Desaru, Kota Tinggi hari ini. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seramai 4,700 peserta menyertai edisi sulung L’Etape Malaysia oleh Tour De France yang dianjurkan di negara ini dengan Desaru menjadi lokasi pertama perlumbaan itu.

Penyertaan dalam kalangan pelumba amatur terbesar termasuk dari luar negara itu melibatkan dua jarak kayuhan iaitu 140 kilometer (km) dan 60km.

L’Etape Malaysia menjadi acara ikonik buat pencinta acara berbasikal kerana mereka dicabar untuk berkayuh seperti seorang pelumba profesional.

PESERTA yang menyertai L’Etape Malaysia oleh Tour De France memulakan kayuhan seawal pagi di Desaru, Kota Tinggi hari ini. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Sebanyak lima kategori dipertandingkan bagi kedua-dua jarak berkenaan iaitu lelaki dan wanita individu, lelaki dan wanita berpasukan serta pasukan campuran dengan sekurang kurangnya seorang pelumba wanita.

Kesemua laluan mendapat kelulusan pakar-pakar Tour de France dirancang khusus mengikut kesesuaian kumpulan penunggang baharu mahupun berpengalaman selain mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pelepasan peserta disempurnakan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia Johor, Mohd. Hairi Mad Shah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya