PETALING JAYA: Lee Zii Jia menamatkan penantian enam tahun Malaysia dengan merangkul kejuaraan perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Manila, sebentar tadi.
Pemain No. 7 dunia itu akhirnya memenangi trofi kedua dalam kariernya selepas menumpaskan jaguh Indonesia, Jonatan Christie 21-17, 23-21.
Ini juga kemenangan kedua yang dilakar juara All England 2021 itu ke atas Jonatan dalam enam pertemuan mereka.
Membuat penampilan sulung dalam Kejohanan Asia, Zii Jia muncul perseorangan lelaki pertama negara merangkul kejuaraan sejak Datuk Lee Chong Wei melakukannya pada 2016.
Bagaimanapun hasrat beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk merangkul kejuaraan tidak kesampaian sepas tumpas 21-23, 10-22 kepada pasangan Indonesia, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan. – AGENSI