Zii Jia dan Liew Daren bertembung di separuh akhir Terbuka Thailand

Zii Jia, Liew Daren berentap di separuh akhir Terbuka Thailand

LEE ZII JIA (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat wakil negara akan berentap pada separuh akhir badminton Terbuka Thailand selepas melepasi suku akhir di Bangkok hari ini.

Malaysia sudah mengesahkan satu tempat di final perseorangan lelaki selepas dua pemain profesional, Lee Zii Jia dan Liew Daren akan bertembung sesama sendiri esok.

Pemain No. 6 dunia, Zii Jia mara ke separuh akhir selepas menewaskan Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia 21-10, 14-21, 21-16 dalam masa 56 minit.

Daren terlebih dahulu mengesahkan tempat ke peringkat empat terbaik dengan menewaskan wakil China, Zhao Jun Peng juga dalam tiga set 21-10, 19-21, 21-19.

Sementara itu, beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir selepas menewaskan pasangan No. 4 dunia, Lee Yang- Wang Chi Lin dari Taiwan 21-17, 21-10 dalam masa 29 Minit.

Dalam aksi separuh akhir esok, Aaron dan Wooi Yik akan bertemu Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto selepas pasangan Indonesia itu menewaskan gandingan Jepun, Keiichiro Matsui-Yoshinori-Takeuchi 21-14, 19-21, 21-4.

Sementara itu, beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah mencipta kejutan mara ke separuh akhir selepas menewaskan beregu No. 4 dunia dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota.

Pearly dan Thinaah yang merupakan pasangan No.10 dunia menang 24-22, 21-12 dalam masa 43 minit sekaligus menempah pertemuan dengan satu lagi pasangan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida di peringkat separuh akhir esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya