Zaqhwan idam kejuaraan di Sepang

Zaqhwan idam kejuaraan di Sepang

PELUMBA tempatan sedia memberi saingan terbaik dalam ARRC 2022 di Litar Antarabangsa Sepang bermula esok. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelumba Honda Asia-Dream Racing Team Showa, Mohd. Zaqhwan Zaidi berazam untuk memburu kejayaan di negara sendiri  dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang bermula esok sehingga Ahad.

Menurutnya, berlumba di tempat sendiri seakan memberi suntikan semangat setelah dua tahun tidak berlumba akibat pandemik Covid-19.

“Saya tidak mempunyai strategi khusus sehingga menyebabkan saya berasa tertekan di atas litar.

“Berlumba dengan pelumba senegara memerlukan saya mengatur strategi tersendiri untuk berada di atas podium,” katanya selepas sesi Bertemu Peminat Dan Promosi ARRC 2022 di Pusat Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam semalam.

Turut hadir pelumba dari pasukan bertanding seperti Azlan Shah Kamaruzaman, Adam Noroddin, Ahmad Afif Amran
dan Kasma Daniel Kasmayudin.

Mohd. Zaqhwan Zaidi

Terdahulu, Mohd. Zaqhwan berjaya mendominasi perlumbaan pertama kategori Asian Superbikes 1000 (ASB1000) ARRC
2022 di Thailand.

Pelumba berusia 27 tahun itu mengungguli perlumbaan di Litar Antarabangsa Chang membabitkan 13 pusingan sejauh 59.202
kilometer (km) dengan catatan masa 21 minit dan 04.947 saat (s).

Sementara itu, seorang lagi pelumba kategori sama dari pasukan Yamaha, Kasma Daniel berkata, beliau menganggap saingan utama adalah daripada pasukan Honda.

“Walaupun begitu, saya akan cuba memberi yang terbaik untuk menyaingi pelumba yang lain dalam kategori sama.

“Saya berharap sokongan daripada peminat-peminat tempatan mampu memberi semangat kepada saya untuk mencabar pelumba lain termasuk dari luar,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya