Tze Liang, Yi Wei hadirkan emas kedua Malaysia

Tze Liang, Yi Wei hadirkan emas kedua Malaysia

OOI Tze Liang (kiri), Nur Dhabitah Sabri (tengah) dan Chew Yi Wei menghadiahkan dua pingat emas pertama Malaysia pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pusat Sukan Air My Dinh, Hanoi, terus menghadirkan emas buat negara menerusi gandingan Ooi Tze Liang-Chew Yi Wei melengkapkan hari sempurna buat skuad terjun dengan menambah emas kedua buat apabila mengungguli acara 3m papan anjal seirama lelaki pada  Sukan SEA Vietnam 2021, sebentar tadi.

Gandingan dua penerjun negara itu yang mengumpul 395.79 mata bukan tandingan wakil tuan rumah, Nguyen Tung Duong-Phuong The Anh yang menguti 305.64 mata.

Memandangkan acara tersebut hanya disertai dua negara, ia bermakna Vietnam muncul sebagai pemenang pingat perak walaupun memiliki perbezaan mata yang jauh dengan pasangan Malaysia.

Terdahulu skuad terjun telah menghadiahkan emas dan perak pertama buat negara menerusi Nur Dhabitah Sabri dan Kimberly Bong menerusi 1m papan anjal individu wanita. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya