Tiada masa bermain emosi - Lampard

Tiada masa bermain emosi – Lampard

FRANK Lampard (kiri) mengendalikan sesi latihan terakhir Everton di Finch Farm, Liverpool semalam menjelang pertemuan menentang Chelsea hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Frank Lampard mengetepikan soal emosi dan hanya memberi tumpuan kepada usaha menyelamatkan Everton apabila skuad bimbingannya bertemu kelab yang pernah dinaungi selama 13 tahun, Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini.

Everton yang diambil alih oleh Lampard pada Januari lalu, menghuni tangga ketiga tercorot buat kali pertama musim ini selepas kalah 2-0 kepada Liverpool, Ahad lalu.

Lampard menjadi bekas pengurus ke-10 Blues yang akan menentang pasukan itu dalam saingan liga, dan hanya seorang daripadanya berjaya meraih kemenangan iaitu Claudio Ranieri yang membantu Leicester City menang 2-1 Disember 2015.

Bagaimanapun, Everton mempunyai rekod baik ke atas Chelsea di Goodison Park dengan menang tiga pertemuan terakhir mereka, dua daripadanya ketika Lampard membimbing Blues.

“Chelsea sentiasa menjadi sebahagian besar hidup saya, 13 tahun sebagai pemain dan 18 bulan menjadi pengurus.

“Begitupun, satu-satunya perkara yang bermain dalam fikiran saya ialah Everton. Kami akan cuba memenangi perlawanan dan itulah yang diharapkan oleh setiap orang, saya akan memberi tumpuan sepenuhnya.

“Chelsea adalah pasukan yang hebat, saya bekerja dengan majoriti pemain di sana, saya tahu kualiti yang mereka ada dan mereka adalah pasukan yang sangat bagus dengan jurulatih yang hebat,” kata Lampard.

Dengan saingan berbaki enam perlawanan, Everton kini dipisahkan 31 mata di belakang Burnley, pasukan terakhir yang berada di zon selamat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya