Terjun sumbang emas lagi

Terjun sumbang emas lagi

Muhammad Syafiq Puteh merangkul emas dalam acara 3 meter papan anjal
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad terjun terus ‘mengganas’ di Pusat Akuatik My Dinh apabila menghadiahkan emas kelapan buat kontinjen negara dalam temasya Sukan SEA Hanoi di Vietnam hari ini.

Pingat emas kelapan Malaysia itu disumbangkan oleh Muhammad Syafiq Puteh dalam acara 3 meter (m) papan anjal lelaki selepas berjaya mengutip 381.35 mata secara keseluruhan.

Gabriel Gilbert Daim merangkul pingat perak

Seorang lagi wakil negara dalam acara itu, Gabriel Gilbert Daim pula berjaya merangkul pingat perak manakala gangsaa milik penerjun Thailand, Chawanwat Juntaphadawon.

Muhammad Syafiq berjaya merangkul emas selepas mempamerkan terjukan sempurna sejak terjunan pertama dengan mata 70.50 sebelum menutup terjunan emasnya dengan kutipan 70.00 mata.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya