Tan Cheng Hoe jurulatih baru Perak FC?

Tan Cheng Hoe jurulatih baru Perak FC?

KEHADIRAN Tan Cheng Hoe (dua, kiri) pada Rumah Terbuka Hari Raya XOX Berhad, di Kuala Lumpur kelmarin mencetuskan tanda tanya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ia satu kebetulan atau ada udang di sebalik batu.

Penyokong Perak FC mula membuat spekulasi kedatangan bekas jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe ke Perak apabila muncul di majlis sambutan rumah terbuka Hari Raya XOX Berhad, di Kuala Lumpur petang tadi.

“Kalau tidak ada-ada, takkan tempua bersarang rendah.

“Apa-apa boleh berlaku dalam bola sepak

“Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku,” kata satu sumber.

TAN CHENG HOE

Menurut sumber, jurulatih berasal dari Kedah itu hadir bersama Pengerusi XOX, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi .

Berikutan itu, ia mengukuhkan spekulasi bahawa ada sesuatu besar yang akan berlaku sedikit hari lagi.

Setakat ini, Perak hanya menang dua daripada sembilan perlawanan pusingan pertama Liga Perdana menyaksikan skuad bimbingan Yusri Che Lah itu berada di tangga tercorot.

Justeru itu, Perak FC yang menghadapi masalah kekurangan pemain kerana hanya dibenarkan mendaftar 20 pemain dijangka mendaftarkan 15 pemain termasuk Indra Putra Mahayuddin, Wan Zack Haikal, Zamer Selamat, Hafiz Ramdan dan Ahmad Syamim Yahya apabila jendela perpindahan kedua di buka mulai semalam.

Bagaimanapun, jika benar Cheng Hoe datang ke Perak ia bukan sesuatu yang menghairankan kerana selaku pemilik baharu, XOX sudah tentu mahu mencapai sasaran meletak kembali Perak ke Liga Super 2023.

“XOX berhak berbuat apa yang difikirkan yang terbaik untuk Perak dalam usaha mengembalikan kecemerlangan negeri itu dalam kancah bola sepak Malaysia,” tambahnya.

Usaha menghubungi Abdul Azim gagal kerana panggilan tidak berjawab. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya