HANOI: Lim Kok Leong tidak mahu ketinggalan untuk menyumbang pingat emas ke-23 buat kontinjen Malaysia di Sukan SEA Vietnam 2021, hari ini selepas memenangi acara snuker dan billiard 6 red perseorangan lelaki.
Kejayaan itu hadir selepas Kok Leong menewaskan atlet Filipina, Jefrey Roda 5-3 (38-0, 0-55, 53-0, 0-66, 30-0, 33-40, 43-0, 41-18).
Dalam pada itu, gangsa dimenangi secara bersama pemain negara, Moh Keen Hoo dan Suchakree Poomjang dari Thailand.
Kemenangan itu mengulangi Thor Chuen Loong pada Sukan Sea di Myanmar 2013 selepas kali pertama dipertandingkan pada 2007.-UTUSAN ONLINE