Skuad emas MTB selamat tiba di KLIA

Skuad emas MTB selamat tiba di KLIA

PASUKAN berbasikal bukit melakar kejutan di Wilayah Hoa Binh dalam acara rentas desa Olimpik berganti-ganti campuran dengan meraih emas
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG : Pasukan berbasikal bukit (MTB) yang merangkul pingat emas pada temasya Sukan SEA ke- 31 di Hanoi selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 2 sebentar tadi.

Ketibaan mereka menaiki pesawat Air Asia 0513 disambut Ketua Cawanagan Sukan Tempur, Mohd. Zaim Yusof, Majlis Sukan Negara (MSN) kira-kira jam 7.21 malam.

Pasukan berbasikal bukit melakar kejutan di Wilayah Hoa Binh dalam acara rentas desa Olimpik berganti-ganti campuran dengan meraih emas menerusi Ahmad Syazrin Awang Ilah, Zulfikri Zulkifli, Nur Assyira Zainal Abidin dan Natahsya Soon.

Mereka menamatkan saingan dengan catatan masa 1 jam, 23 minit dan 14 saat untuk meraih emas manakala perak dimenangi skuad Vietnam dengan catatan 1:23.48s dan gangsa milik Thailand, 1:24.54s.

Kejayaan meraih satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa, pasukan yang beraksi di atas tiket Kategori B di Hanoi itu, kini sudah bersiap sedia untuk memasuki fasa program persiapan yang dipanggil ‘Road to Cambodia’. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya