Sharmendran hadiahkan emas ke-32

Sharmendran hadiahkan emas ke-32

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Pengalaman membantu jaguh karate negara, R. Sharmendran merangkul pingat emas hatrik pada Sukan SEA 2021 dengan memenangi saingan kumite lelaki bawah 75 kilogram (kg).

Sharmendran memastikan karate mencapai sasaran tiga emas yang diletakkan di Hanoi apabila menumpaskan pencabar dari Indonesia, Ignatius Joshua Kandou 3-1 dalam pertarungan akhir di Ninh Binh Gymnasium, sebentar tadi.

Peserta tuan rumah, Duc Thinh Chu hanya mampu berpuas hati meraih gangsa selepas menundukkan lawan dari Filipina, Prince Izmen Louis Alejo Escover keputusan 9-1.

Dua emas Malaysia dalam acara karate sebelum ini disumbangkan pendatang baharu, C. Shahmalarani dan H. Sureeya Sankar masing-masing dalam kumite 50kg wanita serta kumite 67kg lelaki. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya