Semenya tawar tunjuk kemaluan untuk sahkan ‘tulen’

Semenya tawar tunjuk kemaluan untuk sahkan ‘tulen’

JANTINA Caster Semenya sering dipersoalkan sepanjang karier olahraganya yang panjang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Juara berganda 800 meter Sukan Olimpik 2021 dan, Caster Semenya mendedahkan, dia pernah menawarkan kepada pegawai olahraga untuk me­nunjukkan alat sulitnya ketika berumur 18 tahun bagi membuktikan dia adalah wanita.

Pendedahan tersebut dibuat bintang olahraga Afrika Selatan itu dalam temubual bersama Real Sports HBO.

Semenya, 31, berkata, kejadian berlaku pada 2009 apabila dia menjuarai acara 800m pada Kejohanan Dunia dengan catatan ‘mengejutkan’, dan mendorong badan olahraga antarabangsa mengarahkannya menjalani ujian pengesahan jantina.

“Barangkali, mereka fikir saya ada zakar.

“Saya beritahu mereka, tidak mengapa. Saya perempuan, saya tidak kisah (tunjukkan alat ­sulit). Jika anda mahu bukti saya seorang wanita, saya akan tunjukkan kemaluan saya kepada anda. Boleh?,” kata pemenang pingat emas Olimpik London 2012 dan Rio 2016 itu.

Ujian jantina ke atasnya menunjukkan Semenya tidak mempunyai rahim, sebaliknya memiliki buah zakar dalaman iaitu organ seksual lelaki yang menghasilkan testosterone dan tahap hormonnya tiga kali ganda daripada wanita normal.

Situasi Semenya dikenali sebagai hiperandrogenisme yang mempunyai ciri testosteron ­lebih tinggi daripada biasa.

Hormon itu akan meningkatkan jisim, kekuatan otot dan keupayaan tubuh untuk menggunakan oksigen.

Persekutuan Olahraga Antarabangsa memutuskan bahawa semua atlet wanita yang ­mengalami hiperandrogenisme perlu menurunkan tahap ­testosteron mereka mengikut kaedah perubatan.

“Ia membuatkan saya sakit, bertambah berat badan, menjadi panik dan saya tidak tahu sama ada akan mengalami serangan jantung.

“Ia seperti menikam diri sendiri dengan pisau setiap hari tetapi saya tidak mempunyai pilihan.

“Saya berumur 18 tahun, mahu berlari dan mahu berjaya ke Sukan Olimpik, itu satu-satunya pilihan yang saya ada,” kata ­Semenya.

Peguam Olahraga Dunia, Jonathan Taylor dalam temu bual bersama HBO Real Sports berkata, dia tidak bersetuju dengan panel perubatan, termasuk ­Persatuan Perubatan Dunia.

Taylor turut mengecam badan induk sukan dunia ­kerana mewajibkan wanita yang mempunyai perbezaan dalam perkembangan seks (DSD) mengambil dadah untuk bersaing.

“Anda mengatakan secara perubatan tetapi bagi saya ia tidak sihat.

“Soalan saya, siapa pakar dunia yang me­ngatakan itulah jalan terbaik yang perlu dibuat?” kata Taylor. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya