Selepas layak ke Piala Dunia, Malaysia mahu takluk Asia

Selepas layak ke Piala Dunia, Malaysia mahu takluk Asia

SKUAD hoki negara menerima undian baik pada Piala Dunia 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berjaya layak ke Piala Dunia buat kali kesembilan belum memuaskan pengendali skuad hoki kebangsaan, Arul Selvaraj kerana misi utamanya pada 2022 belum tercapai iaitu muncul juara Asia.

Kata Arul, salah satu daripada sasaran yang ditetapkan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sudah terlaksana apabila Malaysia mengesahkan tiket ke ­India tahun depan, namun skuad Speedy Tigers tidak pernah memenangi gelaran Asia, perkara yang mahu dipenuhi anak-anak buahnya di Jakarta.

“Misi pasukan dan MHC adalah layak ke Piala Dunia 2023, jadi ia sudah tercapai dan kini yang tinggal adalah misi pemain untuk memenangi Piala Asia 2022.

“Semua kini terletak di tangan pemain untuk menggapai hasrat tersebut demi Malaysia, terutamanya buat MHC. Sukan Asia tahun ini telah ditunda dan itu bermakna Piala Asia 2022 adalah satu-satunya kejohanan yang tinggal di peringkat Asia.

“Kami mahu memenangi setiap perlawanan yang kami lalui untuk tahun 2022 di peringkat Asia,” kata Arul.

TROFI Piala Asia 2022 diperkenalkan kepada empat pasukan yang berentap dalam pusingan Super 4, Malaysia, India, Jepun dan Korea Selatan di Jakarta semalam. 

Sejak Piala Asia diperkenalkan pada 1982, Malaysia belum pernah merangkul kejuaraan dengan pencapaian terbaik bergelar naib juara pada 2017 selepas kalah 1-2 kepada India.

Prestasi anak-anak buah Arul di Jakarta tampak me­yakinkan selepas memenangi semua aksi Kumpulan B dengan membelasah Oman 7-0, menang 5-4 ke atas Korea Selatan dan me­numpaskan Bangladesh 8-1.

Kali pertama pasukan negara melayakkan diri ke Piala Dunia adalah pada 1973 di Belanda, dan dalam penampilan terakhir di India pada 2018, Malaysia menamatkan kempen di tangga ke-15.

Pencapaian terbaik skuad Speedy Tigers adalah menduduki tangga keempat ketiga Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pada 1975.

Hari ini, Malaysia akan meneruskan kempen Piala Asia 2022 dalam pusingan Super 4 menentang Korea Selatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya