'Saya sakit bahu tiada apa, anak saya sakit kanser dia lagi kuat'

‘Saya sakit bahu tiada apa, anak saya sakit kanser dia lagi kuat’

KEADAAN pesilat negara, Al Jufferi Jamari selepas mendapatkan rawatan ekoran kecederaan serius yang dialami ketika bertanding dalam acara Tanding (70-75 kilogram) di Sukan SEA Vietnam 2021, Hanoi semalam. -UTUSAN/SHIDDIEQIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Tiada apa yang terlintas dalam fikiran jaguh silat negara, Al Jufferi Jamari selain mahu membawa pulang sebutir pingat buat Malaysia selepas mengalami kecederaan  bahu yang serius hingga menyebabkannya hampir untuk menarik diri pada separuh akhir Sukan SEA Vietnam 2021 semalam.

Begitupun di sebalik tanggungjawab besar untuk membawa pulang emas untuk negara, semangat anaknya, Furqan Al Haq yang berusia tiga tahun berjuang kerana kanser menjadi pembakar semangat Jufferi untuk meneruskan perjuangan di bumi Hanoi.

AKSI Al Jufferi Jamari ketika menentang pesilat Singapura dalam acara Tanding kelas 70-75kg pada Sukan SEA Vietnam 2021 di Hanoi semalam. UTUSAN/SHIDDIEQIN ZON

“Saya tak kisah apa jenis keputusan sekali pun kerana ini adalah ketentuhan Allah. Saya telah lakukan sebaik yang mungkin meskipun beraksi dengan sebelah tangan. Kecederaan bahu benar-benar sakit dan saya tetap meneruskan saingan ini demi anak.

“Saya kuat pun sebab anak, kalau saya sakit bahu, anak saya lagi kuat kerana dia hidap kanser kerana dia budak lagi. Ketika ini dalam fikiran saya adalah anak saja. Dia sakit dalam umur tiga tahun sudah kena kanser.

“Setiap kali saya ke hospital dia lemah dan letih. Setiap kali saya nangis dia usap. Dia (Haq) cakap ayah jangan nangis Haq ok.

“Bila saya kena cedera bahu macam ini, tak kan saya tak kuat jadi sebab tu saya teruskan berlawan dan tidak fikir lain iaitu anak saya,” katanya Utusan Malaysia, semalam.

Pemenang empat pingat emas Sukan SEA tersebut membawa semangat anaknya untuk memburu tempat ke final namun sayang perjuangannya terpaksa berakhir di pusingan separuh akhir selepas tewas 21-26 terhadap wakil Singapura, Abdul Raazaq Abdul Rashid.

Jufferi yang beraksi sebelah tangan tampil dengan perlawanan cemerlang apabila mendahului perlawanan namun berbaki enam saat terakhir segalanya musnah apabila Jufferi dikatakan melakukan pelanggaran berat hingga dikenakan potongan 10 mata.

Keputusan itu menyebabkan Jufferi tewas meskipun pada awal perlawanan, atlet kelahiran Pahang itu mendahului pertarungan dengan keputusan 31-26.

Ketika ditanya mengenai perjuangannya selepas ini, Jufferi mengakui sekiranya kecederannya benar-benar teruk dia akan mengambil keputusan untuk berehat.

“Saya telah berbincang dengan doktor di sini untuk terus melakukan pemeriksaan pada bahagian bahu saya. Jika agak kritikal saya akan bincang dengan Presiden Pesaka, Datuk Megat (Zulkarnain Omardin). Kalau keadaan tak begitu mengizinkan saya akan berhenti dengan cara baik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya