Rekod kebangsaan belum memadai hadirkan emas buat Queenie

Rekod kebangsaan belum memadai hadirkan emas buat Queenie

AKSI Queenie Ting ketika beraksi dalam acara lempar cakera wanita Sukan SEA 2021 di Hanoi hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Jaguh lempar cakera wanita negara, Queenie Ting Kung Ni hampir untuk menghadiahkan emas buat kontinjen negara sebentar tadi, namun dia hanya berpuas hati dengan perak pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada atlet kelahiran Sarawak itu kerana berjaya memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri selepas melakukan lemparan sejauh 52.36 meter (m).

Ia sekali gus memadam rekod miliknya sendiri 48.56 meter (m) pada Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), tahun lalu.

“Saya sangat gembira kerana berjaya menukar pingat dari gangsa ke perak. Pada 2019 di Filipina saya sekadar meraih gangsa.

“Jadi, ini satu kejayaan bagi saya terutama melakar rekod peribadi meskipun sedikit kecewa kerana hampir meraih emas,” katanya.

Sementara itu, gangsa menjadi milik seorang lagi atlet negara, Choo Kang Ni yang melakukan lemparan sejaug 46.57m.

Emas milik atlet Olimpik dari Thailand, Subenrat Insaeng yang melakukan catatan 53.09m.

Sementara itu, jaguh lari berpagar 110m lelaki, Rayzam Syah Wan Sofian hanya menduduki tempat ketujuh dengan catatan 14.80 saat (s), manakala rakan senegara, Rizzua Haizad Muhamad menduduki tempat kelima (14.29s).

Atlet larian jarak sederhana wanita negara, Savinder Kaur Jogindr Singh meraih gangsa dalam acara 800m dengan melakukan catatan 2:10.240s, manakala emas milik wakil tuan rumah, Anh Khuat Phuong 2:08.740s dan perak milik Agustina Manik Mardika dari Indonesia (2:09.990s).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya