Pengerusi XOX mahu tonton aksi Perak FC

Pengerusi XOX mahu tonton aksi Perak FC

PEMAIN Perak FC kini hanya fokus kepada survival dalam Liga Perdana tanpa perlu memikirkan masalah luar padang. - IHSAN PERAK FOOTBALL CLUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pengerusi XOX, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi akan hadir untuk menyaksikan perlawanan Liga Perdana antara Perak FC menentang Pasukan Projek Pembangunan MSN/FAM di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

“Saya nak tengok sendiri aksi pemain Perak agar dapat buat penilaian tentang kemampuan pasukan selain mendapat maklum balas daripada jurulatih dan pegawai pasukan.

“Jadi saya dapat gambaran tentang pasukan dan tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Menurut Abdul Azim, kesempatan itu juga peluang beliau bertemu semua pemain Perak FC kerana setakat ini hanya bertemu ketua, penolong jurulatih dan dua pemainsemasa menandatangani memorandum persetujuan dengan pemilik Perak FC pada 29 April lalu.

ABDUL Azim Mohd. Zabidi ketika menandatangani MoU untuk mengambil alih Perak FC.

Menurut bos syarikat telekomunikasi itu, XOX berharap dapat menjelaskan semua tunggakan gaji agar Perak FC bebas daripada larangan dan embargo Fifa mengenai pendaftaran pemain baharu apabila jendela perpindahan kedua pada 28 Mei ini.

Beberapa pemain seperti Indra Putra Mahayuddin, Zamer Selamat, Wan Zack Haikal dan Ahmad Syamim Yahya kini setia menunggu untuk menyarung jersi skuad bimbingan Yusri Che Lah itu.

Berikutan embargo pendaftaran itu Perak FC hanya boleh mendaftar 20 pemain musim ini sehinggalah tunggakan gaji pemain diselesaikan.

Pasukan itu juga tidak dibenarkan mendaftar pemain import baharu seperti pasukan lain.

Dalam perkembangan lain perjanjian jual beli Perak FC akan dimuktamadkan Jumaat ini di Ipoh.

Abdul Azim berkata, majlis akan diadakan di satu lokasi yang akan diputuskan kemudian.

“Pihak media akan dipanggil ke majlis penjualan dan pembelian Perak FC itu,” katanya.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya