Pemain No. 1 dunia kagum Aifa kekal berhijab dalam gelanggang

Pemain No. 1 dunia kagum Aifa kekal berhijab dalam gelanggang

AIFA Azman (kanan) berjabat tangan dengan Nouran Gohar selepas tamat perlawanan pusingan ketiga pada Kejohanan Antarabangsa El Gouna di Pusat Skuasy El Gouna, Mesir semalam. – ihsan Squashsite.com
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aifa Azman tewas di tangan jaguh No. 1 dunia, Nouran Gohar pada pusingan ketiga Kejohanan Skuasy Antarabangsa El Gouna di Mesir semalam, namun bintang muda negara itu menerima pujian kerana mengekalkan penampilan berhijab di dalam gelanggang.

Bintang handalan Mesir, Nouran langsung tidak memperlahankan langkahnya ketika membenam Aifa yang berusia 20 tahun 11-3, 11-4, 11-3 dalam tempoh 28 minit.

Aifa yang menghuni ranking ke-27 dunia sebelum ini menyatakan keterujaan dapat beraksi menentang pemain No. 1 dunia itu sekaligus sedar ia akan memberi kesukaran kepadanya.

Bagi Nouran, 25, dia turut mengagumi pemain muda Malaysia itu yang memiliki semangat juang tinggi dan masih kekal berhijab di dalam gelanggang.

“Aifa telah mengharungi perlawanan yang hebat, semalam (kelmarin), dia ketinggalan 2-0 dan juga keciciran 10-6 (dalam set ketiga). Seingat saya sepanjang karier, saya tidak pernah berbuat demikian.

“Semangat juang yang ditunjukkan Aifa cukup mengagumkan dan saya amat menghormatinya. Dia juga satu-satunya pemain dalam jelajah yang mengenakan hijab, yang mana ia sesuatu yang sangat sukar dilakukan.

“Saya sendiri yang memakai pakaian sebegini, saya tidak tahan panas, jadi Aifa yang masih kekal dengan pendiriannya dan juga perintah agama, ia sesuatu yang saya sangat kagumi dan saya sukakannya,” kata Nouran kepada laman web Squashsite.com.

Nouran turut memuji Aifa sebagai pemain berbakat besar dan mengakui sentiasa berwaspada apabila menentang gadis kelahiran Kedah itu.

“Saya tahu dia pemain yang memiliki kemahiran tinggi seperti mana pemain-pemain wanita Malaysia yang lain. Jadi, saya menggunakan pengalaman saya sepenuhnya beraksi dalam gelanggang kaca,” ujarnya.

Tersingkirnya Aifa, Malaysia kini masih memiliki dua lagi wakil yang belum turun ke gelanggang iaitu S. Sivasangari dan Rachel Arnold. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya