Pemain badminton wanita negara terus tenggelam

Pemain badminton wanita negara terus tenggelam

S. KISONA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tersingkir awal daripada Piala Uber menyerlahkan jurang besar antara pemain negara dengan kuasa badminton wanita dunia, keputusan yang sudah dijangka kerana hanya beregu Pearly Tan-M. Thinaah serta Goh Jin Wei tampak meyakinkan.

Pearly-Thinaah mengutip mata penuh ketika diberi kepercayaan berdepan Denmark dan Thailand, sementara juara remaja dunia dua kali, Jin Wei menang sekali dan kalah sekali.

Boleh dikatakan paling tenggelam kali ini perseorangan utama, S. Kisona yang tidak menampakkan pe­ningkatan permainan ketika tewas 14-21, 16-21 kepada pemain Denmark, Mia Blichfeldt.

Ekoran prestasi kurang memberangsangkan itu juga membuatkan barisan kejurulatihan negara tidak meletakkan Kisona dalam senarai pemain ketika berdepan Thailand dan menggantikan Jin Wei yang mempamer aksi lebih baik sebagai perseorangan pertama.

PEARLY Tan (kanan) dan M. Thinaah mengutip mata tunggal Malaysia ketika kalah 1-4 kepada Thailand di Bangkok. – AFP

Dalam pertemuan dengan Thailand, Jin We yang diberi tanggungjawab perseorangan pertama negara hampir mencipta kejutan ke atas bekas juara du­nia, Ratchanok Intanon sebelum akur 21-14, 14-21, 15-21.

Beberapa pemain muda yang ditampilkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) seperti Myisha Khairul juga gagal, namun jika sebagai pendedahan ia berguna untuk masa depan.

Dalam tiga aksi di Bangkok, Malaysia tewas kepada juara Eropah, Denmark 2-3 sebelum tewas 1-4 kepada Thailand dan mencatat kemenangan 5-0 ke atas Mesir.

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM, Wong Chong Hann berpuas hati dengan persembahan pemain muda seperti Myisha, 19, dan Tan Zhing Yi, 18.

MYISHA KHAIRUL

“Myisha dan Zhing Yi mempunyai masa depan cerah dan daripada segi teknikal mengagumkan biarpun baru dinaikkan pangkat ke pasukan senior,” katanya

Mengenai Kisona, Chong Hann berkata, dia mungkin terbeban dengan tangungjawab pemain utama selepas ketiadaan Soniia Cheah dan keputusan Jin Wei bergerak secara profesional.

Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM, Rexy Mainaky berkata, beregu muda negara memerlukan lebih banyak pendedahan.

“Teoh Mei Xing, Anna Cheong dan Valeree Siow masih kurang keyakinan beraksi dalam kejohanan berpasukan seperti di Piala Uber,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya