Pahang Eco Beach Run: 1,200 pelari dijangka berentap

Pahang Eco Beach Run: 1,200 pelari dijangka berentap

TIGA kategori akan dipertandingkan iaitu 50, 25 dan 12 kilometer (km) dengan membabitkan pelbagai laluan permukaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 1,200 peserta termasuk dari luar negara dijangka menyertai acara larian denai Pahang Eco Beach Run 2022 pada 23 dan 24 Julai depan.

Pengarah pertandingan, Muhammad Afham berkata, tiga kategori akan dipertandingkan iaitu 50, 25 dan 12 kilometer (km) dengan membabitkan pelbagai laluan permukaan.

Katanya, acara yang diadakan di Teluk Cempedak, Pahang itu juga turut memperkenalkan acara larian plogging, iaitu acara joging sambil mengutip sampah di sekitar pantai.

“Acara ini turut mendapat sokongan dan termasuk dalam kalender pelancongan Tourism Pahang serta telah mendapat kelulusan dari Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan Kementerian Belia Sukan (KBS).

“Apa yang menarik, acara ini akan melibatkan tiga permukaan berbeza iaitu tarmac, denai dan juga pantai. Kami percaya acara sebegini sedikit sebanyak memupuk semangat cintakan alam semulajadi secara tidak langsung,” katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Muhammad berkata, acara ini turut mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa sebagai salah satu acara penyumbang mata untuk kelayakan penyertaan The Ultra Trail du Mont Blanc (UTMB).

Tambahnya, segala maklumat lanjut termasuk syarat pertandingan boleh diperolehi di laman sesawang https://cps4.me/pahang-eco.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya