Nur Assyira penerima terbanyak insentif Sukan SEA negeri Perak

Nur Assyira penerima terbanyak insentif Sukan SEA negeri Perak

KHAIRUL Shahril Mohamed (tengah) dan Nur Assyira Zainal Abidin (empat dari kanan) bersama atlet yang menerima Insentif Kecemerlangan Sukan SEA di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jurulatih berbasikal Sukan Malaysia (Sukma) Perak, Nur Assyira Zainal Abidin muncul penerima terbanyak skim insentif sukan negeri Perak atas sumbangan dua pingat Sukan SEA Vietnam baru-baru ini.

Nur Assyira meraih pingat emas acara basikal bukit (MTB) merentas desa Olimpik campuran dan perak saingan individu pada Sukan SEA  meraih RM3,500.

Atlet terjun, Muhamad Syafiq Puteh yang menerima RM3,000 berikutan sumbangan pingat emas dalam 3 meter papan anjal adalah penerima kedua terbanyak.

Mereka adalah antara 12 atlet Perak yang menyumbang pingat emas, perak dan gangsa daripada jumlah 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa dipungut kontijen negara.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Komunikasi dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohamad seramai 32 atlet Perak mewakili negara ke temasya sukan dwi-tahunan itu.

“Kita berbangga dengan pencapaian mereka ini mengharumkan nama negara.

“Tambahan pula lima penyumbang pingat itu akan tampil di Sukma Kuala Lumpur nanti.

“Saya yakin Sukma kali ini menjanjikan pencapaian memberansangkan dari kontinjen Perak,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyampaian insentif kepada atlet penyumbang pingat Sukan SEA Hanoi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya