TIADA siapa menduga Nor Sarah Adi mampu meraih pingat emas dalam lompat bergalah wanita pada Sukan SEA Vietnam 2021, namun di sebalik kejayaan tersebut tiada siapa tahu penderitaan serta pengorbanan yang telah dilalui atlet muda dari Pahang itu. Pengsan semasa menjalani latihan dan dikejarkan ke Hospital Serdang bagi mendapatkan rawatan lima hari sebelum berlepas ke Hanoi antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Mendapat nasihat daripada doktor yang merawatnya agar melupakan Sukan SEA ke-31 demi kesihatan diri nyata menyentap perasaan dan semangat juangnya anak keempat daripada tujuh beradik itu. Menceritakan detik-detik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya