Nauraj gagal capai sasaran

Nauraj gagal capai sasaran

sukan sea
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Atlet lompat tinggi negara, Nauraj Singh gagal mengekalkan pingat emas acara berkenaan yang sudah lama di ‘pegang’ Malaysia selepas menamatkan saingan pertandingan itu di kedudukan kedua dalam Sukan SEA Vietnam di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Malaysia tidak pernah terlepas pingat emas acara itu sejak Lee Hup Wei memenanginya dalam edisi di Nakhon Ratchasima pada 2007.

Nauraj, yang merupakan pemenang pingat emas disi 2013 (Nay Pyi Taw), 2015 (Singapura) dan 2017 (Kuala Lumpur), hanya mampu melepasi ketinggian 2.18 meter (m) untuk berpuas hati dengan pingat perak pada edisi kali ke-31.

Pingat emas menjadi milik wakil Thailand, Kobsit Sittichai, selepas muncul satu-satunya peserta yang melepasi ketinggian 2.21m.

Sementara itu, atlet muda negara, Eizlan Dahalan, 22, memenangi pingat gangsa dalam penampilan pertamanya apabila melepasi ketinggian 2.18m.

Kegagalan itu menyaksikan Nauraj gagal mempertahankan emas dimenangi Hup Wei dalam edisi di Filipina pada 2019 yang mengumumkan persaraannya edisi kali ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya