Mungkin pergi ke Sukan SEA Kemboja 2023 atau bersara

Mungkin pergi ke Sukan SEA Kemboja 2023 atau bersara

ISKANDAR ALWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Atlet lompat bergalah negara, Iskandar Alwi yang belum mempunyai jawapan muktamad sama ada akan beraksi pada Sukan SEA Kemboja tahun depan selepas meraih pingat gangsa kali keempat berturut-turut di Vietnam kelmarin.

Atlet berusia 28 tahun itu yang membuat penampilan kelima dalam temasya dwitahunan tersebut tidak berupaya untuk memperbaiki catatan terbaik bagi mengekalkan peral yang diraih di Naypyidaw 2013 selepas mengalami kecederaan sewaktu latihan di Hanoi.

Ketika ditemui, Iskandar tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membuat penampilan kali keenam pada tahun depan.

“Masih belum tahu lagi macam mana perancangan kerana saya masih belum duduk berbincang dengan jurulatih lagi. Jadi perlukan sedikit masa,” katanya.

Pada saingan tersebut, Filipina menguasai acara berkenaan selepas Ernest John Obiena meraih emas dengan melakukan lompatan 5.46 meter (m), manakala rakan senegaranya, Hokett Delos Santos melakar catatan 5 meter (m).

Iskandar meraih gangsa buat kali keempat berturut-turut sekali gus mengulangi pencapaian di Singapura (2015), Kuala Lumpur (2017) dan Filipina (2019) selepas melakukan lompatan 4.80m di Stadium My Dinh.

Sebelum itu atlet kelahiran Johor itu berkata, dia mengalami sedikit kecederaan di bahagian buku lali namun masalah berkenaan berjaya diatasinya dan berjaya menghadiahkan pingat buat pasukan olahraga negara.

“Tiada masalah ketika beraksi semalam cuma saya ada mengalami sedikit kekejangan ketika bertanding,” kata pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 5.31m.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya