Mike bangkit daripada jangkitan Covid-19 untuk raih emas Sukan SEA

Mike bangkit daripada jangkitan Covid-19 untuk raih emas Sukan SEA

Mohd. Syarul Azman Mahen Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Hampir terlepas Sukan SEA akibat dijangkiti Covid-19 sejurus tiba di Hanoi, Mohd. Syarul Azman Mahen Abdullah mengetepikan segala rintangan untuk memenangi pingat emas dalam acara Athletics Physique, sebentar tadi.

Lebih mesra disapa Mike, Syarul Azman sebelum ini gusar apabila disahkan positif Covid-19 dan terpaksa menjalani kuarantin sejurus tiba di Vietnam.

Mr. Asia lima kali itu bagaimanapun berjaya memperagakan aksi terbaik untuk mengatasi atlet tuan rumah, Tien Nguyen Minh yang meraih perak dan Pong Pala dari Thailand dengan gangsa.

“Saya hampir putus asa dan syukur saya dapat bertanding dan sumbang emas buat malaysia.

“Saya mengalami tekanan selepas dikurung dua malam dalam bilik ‘penjara’ meskipun saya dalam keadaan sihat. Ini pengalaman paling buruk pernah saya sertai.

“Saya cakap ni pun nak nangis sebab sedih dia lakukan saya seperti ini. Saya sampai angkat tangan merayu kepada mereka untuk keluar dari bilik tahanan tersebut.

“Kini segala berakhir dan saya berjaya menyumbang emas buat negara dan pertama dalam karier di pentas Sukan SEA. Ini adalah emas buat semua rakyat Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia sebentar tadi.

Kemenangan itu sekali gus menyumbang emas ke-16 kontinjen Malaysia di bumi Hanoi.

Kali terakhir bina badan dipertandingkan di Sukan SEA ialah pada edisi 2013 di Myanmar apabila Malaysia membawa pulang masing-masing satu emas, perak dan gangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya