PETALING JAYA: Malaysia hari ini berjaya merangkul pingat emas ke-37 di Sukan SEA Vietnam selepas pelumba negara, Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff meraih emas acara berbasikal lebuh raya lelaki.
Pingat emas yang diraih Mohamad Nur Aiman itu boleh dikatakan bonus apabila ia melepasi sasaran yang ditetapkan untuk kontinjen negara iaitu 36 pingat emas di temasya sukan dwitahunan itu.
Mohamad Nor Aiman mengesahkan kemenangan dengan catatan 3 jam, 48 minit dan 22 saat (162.2km) selepas berjaya meninggalkan tiga lagi pelumba yang turut berada dalam kelompok sama dengan beliau.
Pelumba dari Indonesia, Aiman Cahyadi dan pelumba dari Thailand, Navuti Liphongyu masing masing meraih pingat perak dan gangsa-UTUSAN ONLINE