Malaysia raih emas ke-24 menerusi acara golf berpasukan lelaki

Malaysia raih emas ke-24 menerusi acara golf berpasukan lelaki

MALAYSIA meraih emas dalam acara golf berpasukan lelaki dalam temasya Sukan SEA Vietnam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia hari ini menambah satu lagi pingat emas dalam acara golf berpasukan lelaki selepas menang 2-1 ke atas pasukan pilihan, Thailand pada aksi final Sukan SEA Hanoi sebentar tadi.

K. Rhaasrikanesh muncul wira apabila beraksi cemerlang di lubang ke-17 di Heron Lake Golf Course untuk mengatasi Pongsapak Laopakdee dengan dua lubang sekali gus menghadirkan mata kemenangan Malaysia.

Terdahulu, Ervin Chang yang sentiasa menjadi harapan pasukan negara meletakkan Malaysia di hadapan dengan kemenangan ke atas Weerawish Narkprachar.

Bagaimanapun, Thailand bangkit menyamakan kedudukan menerusi Ratchanon Chantananuwat apabila berjaya menewaskan Marcus Lim dengan satu lubang.

Pemain golf berpasukan lelaki negara berjaya meraih pingat emas

Untuk rekod, Ervin, yang beraksi dalam Sukan SEA terakhirnyapada edisi kali ini , mencipta sejarah tersendiri dengan menjadi pemain golf Malaysia pertama mencapai kejuaraan berganda pada tewasya dwitahunan itu.

Ervin pada Ahad lalu telah mencipta kejutan apabila memenangi emas dalam acara individu.

Sementara itu, pasukan wanita yang dibarisi Jeneath Wong dan Mirabel Ting bagaimanapun gagal memberikan kegembiraan berganda selepas mereka tewas 1.5-0.5 kepada Thailand dalam perlawanan akhir sekali gus hanya berpuas hati dengan pingat perak.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya