Malaysia pamer 'bisa' belasah Jepun 5-0

Malaysia pamer bisa belasah Jepun 5-0 untuk ke final

Pemain negara meraikan jaringan ketika menentang Jepun di Jakarta, Indonesi-Ihsan FB MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Speedy Tigers mempamerkan bisa apabila membelasah Jepun 5-0 dalam perlawanan terakhir saingan Super 4 Piala Asia 2022 di Jakarta, Indonesia sebentar tadi sekali gus layak ke final esok.

Dalam aksi yang berlangsung di Gelora Bung Karno (GBK), skuad Malaysia beraksi cemerlang apabila mempamerkan penguasaan penuh dalam keempat-empat suku permainan untuk keluar sebagai pemenang.

Skuad kendalian Arul Selvaraj berada di hadapan pada minit ke-15 menerusi jaringan padang Shello Silverius sebelum Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi menggandakan kedudukan menjadi 2-0 pada minit ke-30.

Pada suku ketiga, Malaysia mengukuhkan penguasaan apabila Muhammad Razie Abd Rahim menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-35 dan tidak sampai seminit, Malaysia menjadikan kedudukan 4-0 menerusi jaringan padang Muhammad Syafiq Hassan.

Skuad Speedy Tigers menutup aksi suku ketiga dengan kedudukan selesa mendahului 5-0 selepas Mohamad Ashran Hamsani bijak mengambil kesempatan untuk menjaringkan gol padang pada minit ke-42.

Bersambung suku keempat, Jepun cuba memberi tekanan kepada Malaysia dengan melakukan serangan bertali arus namun kecekapan penjaga gol, Muhammad Hafizuddin Othman dan Adrian Andy Albert.

Sejak Piala Asia diperkenalkan pada 1982, Malaysia belum pernah muncul juara dengan pencapaian terbaik adalah bergelar naib juara 2017 yang juga edisi terakhir kejohanan apabila tewas 1-2 kepada India di Dhaka, Bangladesh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya