Malaysia 'langgar' sesiapa sahaja - Maloney

Malaysia ‘langgar’ sesiapa sahaja – Maloney

PEMAIN negara meraikan jaringan Luqman Hakim Shamsudin ketika menentang Singapura.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Jika mahu mengelak bertemu tuan rumah, Vietnam di separuh akhir bola sepak Sukan SEA 2021, skuad Bawah 23 (B-23) negara perlu menewaskan Kemboja pada aksi terakhir Kumpulan B hari ini.

Bagaimanapun, sekiranya sebaliknya berlaku maka skuad Harimau Muda negara mungkin perlu berdepan lawan berkenaan lebih awal namun percaturan itu bukan perkara utama yang bermain di fikiran pengendali pasukan, Brad Maloney ketika ini.

Malah, anak didiknya kini memegang rekod tanpa kalah dalam saingan kumpulan B dan Maloney berharap ia dapat diteruskan pada pertemuan terakhir bertemu Kemboja.

Jelas jurulatih dari Australia itu, berkata, walaupun Malaysia sudah mengesahkan slot ke separuh akhir namun beliau tidak mahu anak buahnya leka dan memberi peluang kepada Kemboja meraih kemenangan pada perlawanan terakhir itu.

“Saya tidak mahu memikirkan lawan di separuh akhir kerana pasukan seperti Vietnam, Indonesia dan Myanmar cukup kuat dengan memiliki barisan pemain hebat.

PEMAIN negara mendengar amanat Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin semalam.

“Fokus sekarang adalah berhadapan dengan kemboja, termasuklah memperbaiki kelemahan terutama pasukan negara yang gagal manfaat peluang dihadapan gol lawan.

“Jika melihat perlawanan menentang Singapura, kita menguasai perlawanan dan terlalu banyak peluang untuk menjaringkan gol namun gagal menerjah gol lawan,” katanya.

Slot separuh akhir acara bola Sukan Sea Hanoi sah menjadi milik Malaysia susulan kemenangan 5-0 Thailand ke atas Kemboja di Stadium Thien Truong, Nam Dinh.

Perkembangan itu menyaksikan skuad B-23 negara memperbaiki pencapaian di Filipina pada 2019 yang menyaksikan Malaysia terkandas di peringkat kumpulan.

Kelmarin, skuad kendalian Maloney seri 2-2 dengan Singapura, namun kekal di kedudukan teratas kumpulan dengan tujuh mata, manakala Thailand enam mata di tangga kedua.

Berdasarkan kedudukan kumpulan A, Vietnam kini berada di kedudukan teratas dengan tujuh mata, manakala Indonesia dan Myanmar berkongsi enam mata sekali gus dengan masing-masing berbaki satu perlawanan lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya