PETALING JAYA: Malaysia meraih peluang terbaik untuk melakar sejarah merangkul kejuaraan hoki Piala Asia buat kali pertama apabila menempah pertemuan dengan Korea Selatan dalam perlawanan akhir di Jakarta esok.
Kejayaan skuad Speedy Tigers membelasah Jepun 5-0 dalam aksi Super 4 dan keputusan seri 4-4 antara dua bekas juara, India dan Jepun membolehkan anak-anak buah Arul Selvaraj menempah tiket final buat kali kedua dalam sejarah kejohanan sejak 2017.
Sejak Piala Asia diperkenalkan pada 1982, Malaysia belum pernah muncul juara dengan pencapaian terbaik adalah bergelar naib juara 2017 yang juga edisi terakhir kejohanan apabila tewas 1-2 kepada India di Dhaka, Bangladesh.
“Persiapan untuk setiap perlawanan dilakukan setiap pemain, saya hanya berikan panduan. Saya percaya kalau kita memperkasakan mereka, mereka akan menjadi lebih kuat,” kata Arul. – UTUSAN ONLINE