Malaysia buru dua emas ‘pembuka selera’

Malaysia buru dua emas ‘pembuka selera’

PENERJUN negara akanmemulakan misi menyapu bersih lapan pingat emas yang ditawarkan pada Sukan SEA Vietnam dengan menyambar dua emas pertama yang dipertandingkan di Hanoi hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bukan satu tetapi Malaysia mahu menyambar kedua-dua pingat emas pertama yang ditawarkan pada edisi ke-31 Sukan SEA di Hanoi hari ini apabila terjun memulakan misi menyapu bersih kesemua emas yang dipertandingkan.

Biarpun temasya hanya akan membuka tirai secara rasmi Khamis depan, namun kilauan emas dari kolam renang di Pusat Sukan Air My Dinh akan menjadi detik mengujakan buat kontinjen Malaysia.

Lebih istimewa, pembawa Jalur Gemilang dalam upacara pembukaan, Nur Dhabitah Sabri antara calon utama untuk menjadi pemenang pingat emas sulung Sukan SEA Vietnam.

Penerjun Olimpik itu akan turun dalam acara 1 meter (m) papan anjal wanita bersama Kimberly Bong.

NUR Dhabitah Sabari akan menggalas tugas memburu emas sulung Sukan SEA 2021 hari ini.

Emas kedua negara disasarkan dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki menerusi gandingan berpengalaman Ooi Tze Liang dan Chew Yi Wei.

“Esok (hari ini) ada dua acara dipertan­dingkan, dan kedua-duanya menjadi sandaran emas Malaysia. Tekanan pasti ada, tetapi saya harap penerjun dapat melakukan yang terbaik.

“Saya harap mereka dapat menunjukkan prestasi seperti latihan. Jangan terlalu tertekan dan peraga terjunan terbaik.

“Hari pertama kita nanti harap menjadi permulaan yang baik buat keseluruhan kontinjen,” kata pengurus skuad terjun Malaysia, Datuk Leong Mun Yee.

OOI Tze Liang (kanan) dan Chew Yi Wei  sandaran dalam 3m papan anjal seirama lelaki.

Malaysia membariskan skuad terkuat pada temasya kali ini, diwakili 11 penerjun yang terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita.

Selain Nur Dhabitah, dua lagi atlet ­Olimpik, Datuk Pandelela Rinong dan Wendy Ng memperkuatkan cabaran Malaysia untuk mengulangi kejayaan menyapu bersih emas di Manila 2019. – UTUSAN

AKSI MALAYSIA HARI INI

TERJUN
1 meter papan anjal individu wanita
Nur Dhabitah Sabri, Kimberly Bong

Masa: 5 petang

3 meter papan anjal seirama lelaki
Chew Yi Wei, Ooi Tze Liang

Masa: 6.10 petang
*semua saingan di Pusat Akuatik My Dinh, Hanoi. Waktu Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya