Malaysia bedil Bangladesh 8-1

Malaysia bedil Bangladesh 8-1

AKSI pemain Malaysia (kuning) ketika menentang Bangladesh dalam perlawanan terakhir Kumpulan B, Piala Asia 2022. - IHSAN MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menetapi ramalan, Malaysia menutup kempen awal Piala Asia 2022 selaku juara Kumpulan B selepas mengekalkan rekod tanpa kalah dengan membelasah Bangladesh 8-1 dalam aksi terakhir di Jakarta, sebentar tadi.

Jaringan hatrik pakar pukulan sudut penalti, Muhammad Razie Abd Rahim dan penyerang prolifik negara, Faizal Saari berjaya membantu skuad Speedy Tigers melakar kemenangan besar.

Dalam aksi di Gelora Bung Karno (GBK) itu, Malaysia berada di depan seawal minit keempat apabila Muhammad Razie menyempurnakan pukulan sudut penalti sebelum menggadakan kedudukan 10 minit kemudian juga menerusi pukulan sudut penalti.

FAIZAL Saari (kanan) meledak hatrik ketika membantu Malaysia membelasah Bangladesh 8-1 di Jakarta hari ini. – IHSAN MHC

Bangladesh berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-21 menerusi pukulan sudut penalti Ashraful Islam untuk menjadikan kedudukan 2-1 sebelum Faizal menambah jaringan padang pada minit ke-24 buat skuad kendalian Arul Selvaraj untuk Malaysia mendahului 3-1.

Sebelum berakhir suku kedua permainan, Muhammad Razie melengkapkan hatriknya pada minit ke-30 juga menerusi pukulan sudut penalti untuk Malaysia membawa bekalan selesa mendahului Bangladesh 4-1.

Bersambung suku ketiga, Malaysia tidak menungu lama untuk menambah jaringan apabila Faizal turut mempamerkan bisanya menerusi pukulan sudut penalti untuk menjadi kedudukan 5-1 pada minit ke-31 sebelum Muhammad Najmi Farizal Jazlan menambah jaringan pada minit ke-41.

AKSI pemain Malaysia (kuning) ketika menentang Bangladesh dalam perlawanan terakhir Kumpulan B, Piala Asia 2022. – IHSAN MHC

Pada suku keempat, Malaysia terus mengganas apabila menambah jaringan menerusi jaringan hatrik Faizal pada minit ke-46 sebelum Mohamad Ashran Hamsani melengkapkan hari cemerlang Malaysia untuk gol kelapan pada minit ke-60.

Keputusan 8-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan, sekali gus Malaysia mencatat kemenangan ketiga dalam peringkat kumpulan, sebelum ini Malaysia mencatat kemenangan besar 7-0 ke atas Oman sebelum menang 5-4 ke atas Korea Selatan.

Sejak Piala Asia diperkenalkan pada 1982, Malaysia belum pernah muncul juara dengan pencapaian terbaik adalah bergelar naib juara 2017 yang juga edisi terakhir kejohanan apabila tewas 1-2 kepada India di Dhaka, Bangladesh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya