LONDON: Lapan daripada 10 perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) hari ini amat penting bagi menentukan juara, pasukan tangga keempat, tiket Liga Europa dan penyingkiran, sekali gus menjadikan saingan musim paling sengit.
Tumpuan pastinya kepada perebutan gelaran liga antara Manchester City dan Liverpool yang hanya dibezakan dengan satu mata memasuki hari terakhir musim.
Liverpool mengharapkan ‘bantuan’ legenda kelab, Steven Gerrard untuk mengalahkan City apabila skuad bimbingannya, Aston Villa bertandang ke Etihad.
Anak-anak buah Jurgen Klopp yang sudah memenangi dua trofi musim ini dan akan berentap dalam final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Paris, Sabtu depan perlu menumpaskan Wolverhampton di Anfield.
Buat kali kedua dalam tempoh empat musim, trofi diletakkan di dua stadium berbeza pada hari terakhir. Piala sebenar berada di Etihad untuk dijulang pemain City sekiranya mereka muncul juara.
Trofi replika pula diletakkan di Anfield seandainya berlaku kejutan di Etihad dan Reds berjaya mengalahkan Wolverhampton bagi menjulang kejuaraan liga ke-20.
Tempat keempat
Pada ketika City, Liverpool serta Chelsea sudah mengesahkan tiket ke Liga Juara-Juara musim depan, perebutan slot terakhir ke saingan elit Eropah itu akan ditentukan oleh Tottenham dan Arsenal.
Arsenal pada mulanya menjadi pilihan untuk menamatkan kempen di tempat keempat buat kali pertama dalam tempoh lima musim, begitupun kekalahan mengejut 2-0 kepada Newcastle, Selasa lalu memberi kelebihan dua mata kepada Tottenham.
Bermakna, Gunners wajib menumpaskan pasukan yang sudahpun berjaya mengelak penyingkiran, Everton di Emirates hari ini, sambil berharap Spurs tumpas di Norwich City.
TEMPAT KEEMPAT

SAINGAN EROPAH
Manchester United dan West Ham sudah mengesahkan tiket ke saingan Eropah, namun belum pasti liga mana satu bakal disertai – Europa (kelas kedua) atau Konferensi Europa (kelas ketiga).
Berjaya menamatkan Crystal Palace di Old Trafford akan mengesahkan kedudukan Red Devils di tangga keenam, sekali gus menyertai Arsenal atau Spurs bersaing dalam Liga Europa.
Itu bermakna, West Ham yang akan bertandang ke Brighton akan bermain dalam Liga Konferensi Europa kecuali mereka menang dan United kalah.
PENYINGKIRAN
Norwich City dan Watford sudahpun mengisi dua daripada tiga slot pasukan yang tersingkir dari liga utama musim depan.
Bermakna, satu lagi tiket ‘menakutkan’ boleh menjadi milik Leeds United atau Burnley yang berkongsi 35 mata.
Everton sudah terselamat selepas bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk menumpaskan Crystal Palace 3-2 kelmarin, kini terpulang kepada Leeds dan Burnley untuk menyelamatkan diri
Leeds perlu menang berdepan pasukan tangga ke-11, Brentford di tempat lawan dan Burnley pula berdepan tugas getir menerima kunjungan pasukan yang semakin meningkat, Newcastle di laman sendiri. – AGENSI