Langkah Malaysia dalam Piala Uber tersekat

Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal

PEARLY Tan (kanan) dan M. Thinaah mengutip mata tunggal Malaysia ketika kalah 1-4 kepada Thailand di Bangkok. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia gagal melayakkan diri ke suku akhir badminton Piala Uber selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam aksi peringkat kumpulan di Bangkok, sebentar tadi.

Selepas tewas 2-3 kepada Denmark semalam, skuad wanita negara hanya mampu mencuri satu mata berdepan tuan rumah, Thailand apabila kalah  4-1 dalam aksi kedua Kumpulan C.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia tersingkir daripada kejohanan meskipun masih mempunyai satu perlawanan untuk diharungi, menentang Mesir esok.

Thailand dan Denmark yang sudah merekodkan dua kemenangan secara automatik layak ke pusingan kalah mati dengan aksi terakhir antara kedua-dua pasukan esok akan menentukan juara dan naib juara kumpulan.

GOH JIN WEI

Terdahulu, juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei yang diberi tanggungjawab sebagai perseorangan pertama negara hampir mencipta kejutan ke atas bekas juara dunia, Ratchanok Intanon sebelum akur dengan kekalahan 21-14, 14-21, 15-21.

Beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah bagaimanapun menyamakan kedudukan buat skuad negara apabila mengatasi gandingan Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai 16-21, 21-19, 21-17.

MYISHA Khairul gagal menghadiahkan mata buat Malaysia. – AFP

Thailand bagaimanapun kembali di depan menerusi perseorangan kedua, Pornpawee Chochuwong yang menewaskan pemain muda negara, Myisha Khairul 22-20, 21-10.

Beregu kedua tuan rumah, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard memastikan kemenangan awal pasukan itu selepas menundukkan pasangan negara Valeriee Siow-Teoh Mei Xing 21-9, 21-14.

Aksi perseorangan ketiga menyaksikan Busanan Ongbamrungphan menang ke atas pemain negara, Tan Zhing Yi 21-19, 21-6. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya