HANOI: Hasrat atlet snuker negara, Lim Kok Leong untuk menjelmakan emas keduanya di Sukan SEA Vietnam 2021 tidak kesampaian selepas tewas pada aksi final menentang legenda Thailand, James Wattana sebentar tadi.
Meskipun mendahului perlawanan 1-0 namun ia tidak menjamin laluan mudah kepada Kok Leong untuk raih emas apabila Wattana yang pernah berada di ranking ketiga dunia bangkit menyamakan kedudukan.
Kesilapan demi kesilapan membuatkan Kok Leong tewas 2-4 (75-24,34-88,70-25,48-65,33-83,42-67) dan terpaksa akur dengan kekalahan tersebut.-UTUSAN ONLINE