Kedah ulangi kesilapan ‘budak sekolah’ - Aidil

Kedah ulangi kesilapan ‘budak sekolah’ – Aidil

PEMAIN Melaka United, Wan Zaharulnizam Zakaria (tengah) cuba melepasi pertahanan Kedah, Jang Suk-won dalam aksi Super di Alor Setar kelmarin. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak amat kecewa dengan barisan pemainnya yang disifatkan tidak habis-habis mengulangi kesilapan ‘budak sekolah’.

Menurutnya, kesilapan yang­ dilakukan itu amat sukar diterima hingga menyebabkan mereka tewas 2-3 kepada Melaka United dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman kelmarin.

“Semuanya berkaitan de­ngan kesilapan individu dan pemain-pemain masih belum belajar daripada kesalahan dilakukan sebelum ini. Selepas mendahului pasukan lawan, sepatutnya mereka kekal bermain secara mudah dan bijak namun para pemain bertindak sebaliknya dengan sering kehilangan bola dan membenarkan lawan mendekati kubu sendiri.

“Ini kesilapan yang pernah terjadi dan terus terjadi dalam setiap perlawanan. Bagi saya ini sesuatu yang amat sukar diterima kerana kami mela­kukan kesilapan bertaraf ‘budak sekolah’,” katanya.

PEMAIN Melaka United meraikan jaringan Ifedayo Olusegun ketika membenam Kedah dalam aksi Liga Super kelmarin. – UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN

Dalam perlawanan itu, Kedah dua kali mendahului menerusi jaringan Ronald Ngah Wanja pada minit ke-19 dan penyerang kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-36, namun kelebihan itu dinafikan oleh dua gol ja­ringan Ifedayo Olusegun pada minit ke-23 serta minit kecederaan, selain satu gol oleh tonggak tengah, Emmanuel Oti pada minit ke-77.

Mengulas lanjut, Aidil ber­kata, beliau berharap pemain-pemainya tidak mengulangi kesilapan sama membenarkan pasukan lawan memperoleh gol mudah.

“Saya selalu katakan bola sepak memerlukan fokus selama 90 minit dan apabila anda tidak fokus pada masa-masa tertentu, pasukan lawan akan menghukum kelalaian anda itu,” ujarnya.

“Taktikal sudah ada, persiapan sudah dilakukan tetapi pelaksanaan dalam padang jelas mengecewakan hingga menyebabkan kita kehilangan tiga mata seperti diharapkan penyokong,” ujarnya.

PEMAIN Melaka United, Syukri Baharun (kanan) bersaing dengan penyerang Kedah, Syafiq Ahmad.- UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN

Dalam pada itu, Aidil turut mengingatkan para pemainnya agar tidak mengambil mudah tanggungjawab yang diletakkan di bahu mereka dalam setiap perlawanan mendatang.

“Tidak lama lagi jendela perpindahan pemain akan dibuka dan saya sudah bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Khamal Idris Ali sudah bercakap mengenai perubahan yang akan dilaksanakan.

“Harapnya pemain sedar akan hal ini dan tidak ambil mudah amanah dipertanggungjawabkan kepada mereka kerana kami semestinya mahu melakukan sesuatu yang lebih baik apabila jendela perpindahan dibuka tidak lama lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya