Karate sempurnakan sasaran 36 pingat emas Malaysia

Karate sempurnakan sasaran 36 pingat emas Malaysia

SASARAN pingat emas ke-36 Malaysia hadir melalui acara karate kumite berpasukan lelaki di Gimnasium Ninh Binh, Hanoi hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Emas ke-36 Sukan SEA Vietnam yang ditunggu-tunggu kontinjen Malaysia akhirnya hadir menerusi acara karate ketika temasya berkenaan berbaki tiga hari sebelum melabuhkan tirainya pada Isnin ini.

Pingat itu disumbangkan skuad karate menerusi acara kumite berpasukan lelaki selepas mengatasi Indonesia 3-0 di final Gimnasium Ninh Binh, Hanoi, di sini hari ini.

Ketiga-tiga mata disumbangkan R. Sharmendran, S. Prem Kumar dan Sureeya Sankar Hari Sankar. Perak menjadi milik Indonesia sementara Vietnam dan Thailand berkongsi gangsa.

Terdahulu, emas ke-35 Malaysia disumbangkan atlet menembak negara Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin yang mencipta kejutan menungguli final 10 meter (m) air pistol wanita pada penampilan sulungnya di Sukan SEA pada aksi di Pusat Latihan Sukan Hanoi.

Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengucapkan tahniah kepada kontinjen Malaysia di atas kejayaan mencapai sasaran 36 pingat emas di Sukan SEA Vietnam.

“Alhamdullilah kita bersyukur dengan kontinjen kita yang telah mencapai sasaran 36 pingat emas dan saya harap atlet-atlet yang masih bertarung boleh untuk terus menambah bilangan emas serta cuba perbaiki kedudukan pungutan pingat keseluruhan,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini, hari ini.

KETUA Kontinjen Negara pada Sukan SEA 2021, Nur Azmi Ahmad (tengah) bersama pasukan karate yang menghadiahkan pingat emas ke-36 buat Malaysia di Hanoi, hari ini. – IHSAN MAJLIS OLIMPIK MALAYSIA

Ini pingat emas keempat bagi sukan karate dan pencapaian yang membanggakan Ketua Kontinjen Sukan SEA 2021,  Datuk Nur Azmi Ahmad yang juga Setiausaha Agung Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF).

“Kini saya dengan bangganya boleh mengatakan bahawa karate telah menyelamatkan kontinjen Malaysia dalam mencapai sasaran yang ditetapkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS),” kata Nur Azmi.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya