Kad merah jadi pemusnah – Polking

Kad merah jadi pemusnah – Polking

PEMAIN Thailand, Patrik Gustavsson meraikan gol pembukaan pasukannya ketika menentang Malaysia dalam aksi pembukaan Kumpulan B, Sukan SEA 2021 di Vietnam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Thailand, Alexandre Polking percaya, pemainnya, Jonathan Khemdee melakukan asakan profesional dan tidak sepatutnya dilayangkan kad merah, keputusan yang mendorong kepada kekalahan 1-2 kepada Malaysia dalam aksi sulung Sukan SEA Vietnam kelmarin.

Thailand terlebih dulu mem­buka jaringan menerusi pe­nyerang berdarah Sweden, Patrik Gustav­sson di minit ke-33.

Skuad Gajah Perang ba­gai­manapun berdepan nasib malang apabila bek tengah mereka, Khemdee dilayangkan kad merah kerana menarik Syahir Bashah yang dilihat berada di posisi baik untuk mencipta sesuatu buat Malaysia.

Malaysia berjaya menyamakan kedudukan menerusi Danial Asri pada minit ke-61 sebelum pemain gantian, Muhammad Nur Azfar Fikri melengkapkan kebangkitan Harimau Malaya bawah 23 (B-23) dengan gol kemenangan, empat minit memasuki waktu kecederaan.

“Kad merah adalah titik penting kekalahan kami. Itu membuatkan pasukan gagal memberikan permainan terbaik dan mula hilang rentak.

“Apa pun, kami tiada masa untuk meratapi kekalahan ini, tiada waktu untuk bermurung. Masih tidak perlawanan menanti dan kami harus menang untuk layak ke peringkat seterusnya,” kata Polking dalam laman web Persa­tuan Bola Sepak Thailand (FAT).

Thailand akan menentang Singapura dalam aksi kedua hari ini, manakala Malaysia yang kini mengungguli Kumpulan B bertemu Laos pada Rabu ini.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya