Juwaidi, Fatin bidik emas ke-31 buat Malaysia

Juwaidi, Fatin bidik emas ke-31 buat Malaysia

FATIN Nur Fatehah Mat Salleh (kiri) dan Juwaidi Mazuki meraikan kejayaan memenangi pingat emas memanah compound beregu campuran Sukan SEA 2021 di Pusat Latihan Sukan Negara, Hanoi hari ini - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Mohd. Juwaidi Mazuki dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh membuktikan kehadiran mereka dalam skuad kebangsaan penting untuk terus membantu kontinjen negara membutirkan emas pada Sukan SEA Vietnam 2021 hari ini.

Gandingan Juwaidi dan Fatin sejak 2015 dalam compound nyata masih berbisa apabila menumpaskan pasangan dari Filipina, Jannifer Dy Chan-Paul Marton Santos Dela Cruz dengan kemenangan tipis 151-150 di Lapangan Sasar Pusat Latihan Sukan Nasional.

FATIN Nur Fatehah Mat Salleh melakukan bidikan sambil diperhatikan Juwaidi Mazuki di Pusat Latihan Sukan Negara, Hanoi semalam. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Lebih manis, kemenangan itu menamatkan kemarau emas skuad memanah di Hanoi. Lebih membanggakan ia emas ketiga buat pasangan itu yang sebelum ini cemerlang meraih emas di Sukan SEA Singapura (2015) dan Kuala Lumpur (2017).

 

“Syukur Alhamdulilah, memang orang kata hari ini kami meskipun hanya dipisahkan satu mata kerana panahan saya tidak berapa menjadi seperti sebelah pagi.

“Pada saingan tadi, saya hanya fikir untuk lakukan terbaik untuk nama Malaysia dan akhirnya kemenangan memihak kepada kami berdua hari ini. 

“Saya berterima kasih kepada Juwaidi kerana tanpa dia mungkin kami tidak mampu ke final juga,” kata Fatin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya