HANOI: Penembak negara, Johnathan Wong merampas kembali pingat emas dalam acara 10 meter air pistol individu lelaki di Sukan SEA Hanoi, hari ini.
Johnathan memenangi saingan selepas mengumpul 238.6 mata di Pusat Latihan Kebangsaan Hanoi.
Penembak tuan rumah, Tran Quoc Cong meraih perak dengan 236.6 mata, manakala Iqbal Raia Prabowo dari Indonesia membawa pilang gangsa menerusi 214.2 mata.
Johnathan sebelum ini pernah memenangi emas dalam acara itu ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, namun menamatkan saingan di tempat keempat pada edisi 2019 di Manila. – UTUSAN ONLINE