Jangan ‘koyak’ kerana isu remeh

Jangan ‘koyak’ kerana isu remeh

NUR Azmi Ahmad (tengah) ketika melancarkan Majlis Perhimpunan Akhir Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA ke-31 Vietnam, di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, baru-baru ini. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kurang se­minggu sebelum edisi ke-31 Sukan SEA membuka tirai di Hanoi minggu depan, semua atlet negara diingatkan agar tidak hilang fokus hanya kerana isu-isu remeh yang dihadapi sebaik sahaja tiba di bumi Vietnam.

Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Hanoi, Datuk Nur Azmi Ahmad menegaskan, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk membanggakan negara dan mahu ia dimanfaatkan sebaik mungkin untuk membutirkan emas apabila temasya sukan dwitahunan itu membuka tirai secara rasmi, Khamis depan.

“Saya merayu supaya atlet berikan fokus 100 peratus di Hanoi, tiada sebab untuk tidak capai target dan saya juga percaya atlet mampu dapat lebih 36 pingat emas jadi ia boleh dicapai sekiranya atlet memberikan yang terbaik dan apa yang mereka ada.

“Ada pasukan yang sudah bertolak awal ke Hanoi, perlu ­diingatkan semua kena ikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh penganjur…Kita mahu bantah tidak boleh, misalnya hanya dua hari peruntukan masa untuk guna venue pertandingan.

Nur Azmi Ahmad

“Dalam hal ini, saya tidak nampak kesannya terlalu besar…Jadi, kena fokus dalam sukan masing-masing. Mungkin ada beza ada penonton atau tidak,” katanya selepas Majlis Penutup Perhimpunan Akhir dan Amanat CDM Ke Temasya Sukan SEA Vietnam.

Mengulas beberapa isu yang dihadapi skuad terjun yang tiba awal di Hanoi, Nur Azmi berkata, mereka tidak berdepan masalah walaupun hanya dibenarkan berlatih di venue dua hari sebelum pertandingan bermula.

“Terjun tiada masalah…Datuk Leong Mun Yee (Pengurus Pasukan) kata lapan emas dan paling penting atlet juga yakin sasaran itu mampu dicapai.

“Persiapan dua hari sebelum pertandingan bermula itu adalah untuk semua negara dan perkara itu sudah dimaklumkan lebih awal semasa saya sendiri ke Hanoi. Kita kena tahu mengenai perkara-perkara ini, macam sukan BMX mereka pergi awal tetapi tidak boleh guna trek.

“Ini bukan isu besar…Kita sudah berkampung di MSN untuk persediaan dengan pelbagai fasiliti terbaik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya