Jackie mahu lepas geram

Jackie mahu lepas geram

JACKIE WONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong dilihat bersedia untuk melepaskan segala bebanan di fikirannya ketika turun berentap pada aksi final di Stadium Nasional My Dinh, esok selepas acaranya dibenarkan untuk bertanding pada Sukan SEA Vietnam 2021.

Dua minggu lalu, acara baling tukul besi lelaki dan lontar peluru wanita dibatalkan susulan tidak cukup jumlah penyertaan, tetapi dimasukkan semula selepas keputusan pada mesyuarat Majlis Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) semalam.

Mengikut peraturan SEAGF, setiap acara perlu mendapatkan penyertaan minimum tiga negara, sekiranya gagal acara tersebut terpaksa dibatalkan.

Jelas Jackie, dia tidak berhenti menjalani latihan meskipun dimaklumkan pada dua minggu lalu acaranya kemungkinan dibatalkan pada Sukan SEA Vietnam 2021.

JACKIE lega acara tukul besi tidak dibatalkan.

“Memang teruja bila dimaklumkan semalam acara saya akan dipertandingkan di Vietnam. Dua minggu lalu saya amat kecewa dan menganggap latihan selama ini hanya sia-sia kerana acara saya kemungkinan dibatalkan.

“Tetapi dengan dorongan jurulatih, saya tetap meneruskan latihan sejak minggu lalu tanpa henti kerana sudah tiga tahun saya tidak menyertai sebarang kejohanan kompetitif dan sedikit sebanyak memberi tekanan kepada saya.

“Dengan kebenaran ini, saya akan lakukan terbaik untuk menebus semula kekecewaan saya ketika di Filipina apabila hanya mampu meraih pingat perak,” katanya ketika ditemui dalam sesi latihan di Stadium My Dinh petang tadi.

Ketika ditanya mengenai pencabarnya, atlet berusia 30 tahun tetap menamakan jaguh Thailand, Kittipong sebagai pesaingnya apabila pada edisi 2019, dia tewas pada Sukan SEA Filipina 2019

“Pastinya cabaran sebenar ialah Kittipong kerana di Filipina dia meraih emas dan saya perak. Menjelang saingan esok, saya serahkan kepada Tuhan untuk membantu saya mencipta kejutan di bumi Hanoi,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya