India cipta 'magis' Piala Thomas, muncul juara buat kali pertama

India cipta ‘magis’ Piala Thomas, muncul juara buat kali pertama

PEMAIN India meraikan kejayaan muncul juara Piala Thomas selepas menumpaskan Indonesia 3-0 di Impact Arena, Bangkok hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: India meneruskan ‘kisah dongeng’ mereka pada kejohanan badminton Piala Thomas apabila merangkul kejuaraan pertama dengan melakar kemenangan sensasi 3-0 ke juara 14 kali, Indonesia hari ini.

Sudahpun menyingkirkan juara lima kali, Malaysia di suku akhir dan juara 2016, Denmark pada separuh akhir, kemenangan ke atas Indonesia, yang turut selaku penyandang gelaran serta pemenang terbanyak kejohanan melengkapkan sejarah India.

Pemain senior, Kidambi Srikanth muncul wira pasukannya dengan mengesahkan mata kemenangan selepas menumpaskan  Jonatan Christie 21-15, 23-21 dalam perseorangan kedua.

Terdahulu, Lakshya Sen memastikan India bermula langkah kanan dengan bangkit daripada ketinggalan sebelum mengejutkan pemain No. 5 dunia, Anthony Sinisuka Ginting  8-21, 21-17, 21-16.

Pasangan No. 8 dunia, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty turut diheret dalam pertarungan sengit, malah kalah di set pembukaan sebelum menumpaskan gandingan Mohammad Ahsan-Kevin Sanjaya Sukamuljo 18-21, 23-21, 21-19 untuk membolehkan India mendahului 2-0.

Srikanth berjaya mengelak daripada beraksi dalam tiga set, namun tetapi diberi tentangan hebat oleh  Jonatan sebelum menang dalam pertarungan 48 minit. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya