Ervin sedia galas cabaran Olimpik Paris 2024

Ervin sedia galas cabaran Olimpik Paris 2024

AHMAD Faizal Azumu (kiri) melihat pingat emas yang dimenangi Ervin Chang pada majlis penghargaan hari ini. - UTUSAN/ AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemenang dua pingat emas Sukan SEA 2021, Ervin Chang yang baru bertukar status kepada pemain golf profesional, Jumaat lalu sentiasa terbuka untuk mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik Paris 2024 jika mendapat peluang.

Kata Ervin, mewakili negara pada temasya sukan terbesar dunia itu sentiasa menjadi impiannya, namun buat masa ini, dia perlu memikirkan kejohanan satu demi satu.

“Itu (mewakili negara pada Sukan Olimpik) sasaran jangka pertengahan saya.

“Sekiranya saya pergi dan meraih ranking rasmi yang mencukupi (layak) dan seterusnya mewakili Malaysia di Olimpik, tentu saya dapat beraksi dengan pemain profesional di tahap tinggi dan ia pasti sesuatu yang menarik.

“Bagaimanapun buat masa ini, saya perlu memberi tumpuan satu demi satu dan memikirkan kejohanan terdekat terlebih dulu,” katanya ketika ditemui pada majlis Meraikan Pasukan Golf Sukan SEA 2021 di Kelab Golf Diraja Selangor, di sini hari ini. 

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor.

Pada edisi ke-31 Sukan SEA di Vietnam, Ervin menamatkan penantian 21 tahun Malaysia untuk memenangi pingat emas pertama dalam sukan golf apabila mengatasi Amadeus Christian Susanto dari Indonesia pada saingan playoff tiga lubang untuk muncul juara individu.

Pemain berusia 21 tahun muncul atlet golf Malaysia pertama meraih emas sejak pasukan lelaki yang dibarisi Airil Rizman Zahari, S. Sivachandhran, Shaaban Hussin dan Sahal Saedin memenangi acara berpasukan pada temasya 2001 di Kuala Lumpur.

Dia kemudian menyumbangkan emas keduanya dalam acara berpasukan bergandingan bersama K. Rhaasrikanesh dan Marcus Lim.

Skuad golf wanita turut cemerlang meraih pingat perak dalam berpasukan dan gangsa individu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya