Ervin pahat sejarah raih emas golf pertama selepas 21 tahun

Ervin pahat sejarah raih emas golf pertama selepas 21 tahun

ELVIN Chang meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara golf individu lelaki pada Sukan SEA 2021 di Kelab Golf dan Resort Heron Lake, Vinh Phuc, hari ini. – IHSAN PERSATUAN GOLF MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Ervin Chang memahat sejarah menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia dalam acara golf Sukan SEA apabila menjuarai acara individu lelaki di Kelab Golf dan Resort Heron Lake, Vinh Phuc hari ini.

Ervin bangkit daripada ketinggalan dua pukulan sebelum mencatat empat bawah par 68, sekali gus terikat dengan tujuh bawah 209 bersama pemain Indonesia, Amadeus Christian Susanto.

Pemenang kemudian ditentukan menerusi playoff, di mana Ervin tenang melakukan birdie di lubang tambahan ketiga untuk muncul atlet Malaysia pertama meraih emas acara golf selepas kuartet lelaki, Airil Rizman Zahari, S. Sivachandhran, Shaaban Hussin dan Sahal Saedin  muncul juara berpasukan lelaki di Kuala Lumpur 2001.

“Sangat gembira selepas dua kali tanpa pingat, kali ketiga beraksi di Sukan SEA, saya berjaya meraih emas untuk negara.

“Saya tidak fikirkan untuk menamatkan kemarau emas atau tidak ketika beraksi kerana dalam fikiran saya hanya mahu melakukan yang terbaik dan membawa pulang pingat buat negara,” kata Ervin.

JENEATH Wong membutirkan pingat gangsa dalam acara individu wanita.

Sementara itu, Jeneath Wong turut menceriakan kem golf negara dengan membutirkan gangsa dalam saingan individu wanita. 

Jeneath mencatat par 69 untuk menutup aksi tiga hari dengan keseluruhan  211 pukulan keseluruhan, ketinggalan sembilan pukulan di belakang juara, Natthakritta Vongtaveelap dari Thailand. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya