Emas penebus maruah badminton

Emas penebus maruah badminton

Chen Tang Jie-Peck Yen Wei menang emas di Sukan SEA Vietnam-Gambar FB BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Selepas aksi mengecewakan daripada skuad Piala Thomas dan Piala Uber baru-baru ini, peminat sukan badminton boleh mengukir senyuman apabila pasangan beregu campuran negara menghadiahkan pingat emas di temasya Sukan SEA Vietnam.

Pingat emas itu hadir menerusi gandingan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei yang mencipta kejutan menewaskan rakan senegara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See 15-21, 21-19, 21-13 yang merupakan pilihan kedua di pentas final di Gimnasium Bac Giang sebentar tadi.

Hoo Pang Ron-Cheah Yee See raih perak

Di peringkat separuh akhir kelmarin, gandingan Tang Jie dan Yei Wei juga mencipta kejutan terbesar bagi acara beregu campuran apabila menumpaskan pilihan utama dari Indonesia Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 20-22 21-13 21-18

Lebih manis, pingat emas ke-38 Malaysia di Sukan SEA Vietnam itu merupakan emas pertama negara dalam tempoh 23 tahun dalam acara berkenaan selepas kali terakhir menjuarainya pada 1999 iaitu ketika Sukan SEA Brunei.

Secara keseluruhan, skuad badminton negara membawa pulang satu emas, dua perak dan satu gangsa di temasya Sukan SEA Vietnam.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya