Dua gol 'Intan Serah' pastikan futsal wanita raih gangsa

Dua gol ‘Intan Serah’ pastikan futsal wanita raih gangsa

INTAN Sarah (kanan) ketika beraksi dalam Sukan SEA di Kemboja, bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Skuad futsal wanita membawa pulang pingat gangsa pada Sukan SEA 2021 selepas mengikat Myanmar 3-3 di Stadium Tertutup Ha Nam, sebentar tadi.

Ketua pasukan, Intan Sarah Anisah Zulgafli muncul wira dengan meledak gol untuk memastikan Malaysia menutup kempen di tangga ketiga dengan mengumpul satu mata, lima mata di belakang Vietnam (emas) dan Thailand (perak).

Intan Sarah atau lebih terkenal dengan julukan Intan Serah membuka jaringan seawal minit kedua, namun Myanmar membalas dengan dua gol pada minit kesembilan dan 16 bagi memberi tekanan kepada skuad negara .

Lebih mengejutkan, Myanmar sempat menjaringkan gol ketiganya dua minit sebelum perlawanan separuh masa tamat menjadikan Malaysia yang ketinggalan 1-3 hampir gagal menguasai perlawanan secara total.

Bersambung babak kedua, skuad negara bangkit memberi tentangan dalam menerusi dua sepakan gol Intan Sarah dan satu lagi jaringan oleh Siti Asnidah Zamri, yang menguis masuk bola hantaran Nur Shazreen sebelum permainan yang berbaki dua minit tamat.

Secara keseluruhan, para pemain Malaysia melakukan banyak asakan bagi membolosi gawang lawan pada separuh masa kedua perlawanan namun cubaan mereka itu berjaya dihalang penjaga gol.

Keputusan 3-3 kekal dengan Malaysia meraih gangsa selepas tewas 4-0 kepada Thailand dan 4-1 dengan Vietnam sebelum ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya