HANOI: Kem Olahraga negara membuka tirai pertandingan Sukan SEA 2021 hari ini dengan membutirkan dua emas di Stadium My Dinh , Hanoi menerusi Jackie Wong dan wanita, Grace Wong dalam saingan tukul besi lelaki serta wanita.
Grace memulakan saingan dengan melakukan 57.13 meter (m) untuk memenangi emas sebelum momentum kecemerlangannya disusuli Jackie yang disambut dengan sorakan penuh bertenaga dari kem olahraga.
Acara lelaki turut menyaksikan Malaysia meraih gangsa menerusi Sadat Maryuqi Ajisan, manakala atlet Thailand, Kittipong Boonmawan meraih gangsa. – UTUSAN ONLINE