Bukan ‘berlakon’, satu badan kejang

Bukan ‘berlakon’, satu badan kejang

AHMAD Syihan Hazmi Mohamed mengalami kecederaan ketika membantu Negeri Sembilan menentang Johor Darul Ta’zim dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Rabu. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Penjaga gol Negeri Sembilan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed tidak terasa dengan kecaman yang diterima daripada peminat kerana dikatakan sengaja melengahkan permainan ketika pasukannya kalah 0-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super, Rabu lalu.

Dalam aksi di Paroi itu, pengadil Nazmi Nasaruddin memberi 10 minit masa kecederaan yang menyaksikan JDT meledak gol pada minit ke-100 menerusi jaringan Fernando Forestieri, sekali gus meleburkan rekod tanpa kalah skuad Jang dan membawa Harimau Selatan kembali merampas kedudukan pendahulu.

Ketika sesetengah peminat mempersoalkan masa tambahan terlalu yang diberikan oleh pengadil, sebahagian lagi pula menganggap Syihan perlu dipersalahkan kerana perkara itu berlaku kerana didakwa ‘berlakon’ cedera dan kerap terbaring di atas padang.

Pemain kelahiran Kelantan berusia 26 tahun itu bagaimanapun tidak tertekan dengan dakwaan tersebut, sebaliknya tekad untuk kekal cemerlang bersama Negeri Sembilan dalam perlawanan seterusnya.

“Bukan disengajakan malah juga bukan strategi (melambatkan permainan) tapi saya betul-betul kekejangan otot sehingga ke minit terakhir, bagaimanapun saya terus bertahan sehinggakan satu badan dan kedua-dua belah kaki juga ‘cramp’. Saya tidak sengaja cuba menjatuhkan diri,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ketika ditanya mengenai yang tular di media sosial, di mana dia dilihat sempat bersembang dengan remaja pengutip bola di tepi padang, Syihan berkata, perkara itu sengaja diperbesarkan untuk ‘memanaskan’ keadaan.

“Saya biasa sahaja, tidak rasa tertekan atau apa-apa. Biasalah kehidupan seorang pemain bola sepak, ada perkara positif dan negatif yang perlu dihadapi.

“Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan prestasi dalam perlawanan itu, memang ada sedikit kekecewaan namun kami tidak patah semangat selepas perlawanan malam semalam.

“Perlawanan seterusnya apa yang penting kami pemain Negeri Sembilan akan memperbaiki apa yang kurang dan tentunya akan lebih bersemangat dan terus berjuang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya