Bobie Farid dilantik CEO sementara Perak FC

Bobie Farid dilantik CEO sementara Perak FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: XOX Pro Sport Sdn. Bhd., anak syarikat XOX Berhad mengumumkan pelantikan Bobie Farid Shamsudin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara Perak FC.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pemilik Perak FC, XOX Berhad petang tadi, pelantikan itu berkuatkuasa serta-merta.

Pelantikan itu akan menyokong perjuangan Perak FC untuk keluar dari zon penyingkiran dalam musim Liga Perdana Malaysia yang berbaki sembilan perlawanan.

Bobie Farid juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) One XOX Sdn. Bhd. dan Prinsipal Pasukan The Komanz Kru Racing team (TKKR) mempunyai pengalaman luas menguruskan Perak FC.

Bobie Farid akan dibantu oleh Mohd. Badrol Izman Oman, yang akan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) sementara kelab.

Perak FC berharap dapat merebut peluang jendela perpindahan untuk mendaftar serta menandatangani pemain baharu ke kelab ini dalam usaha membantu memperkasakannya.

Menurut kenyataan itu, lagi Kelab bola sepak tertua di Malaysia ini sedang giat berusaha untuk menandatangani sekurang-kurangnya 14 pemain ke dalam skuad sekarang, selepas dikenakan larangan pendaftaran pemain baharu oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA ) kerana tidak dapat menjelaskan tunggakan gaji para pemain pada Februari 2022.

la kemudian diikuti dengan pemotongan sembilan mata oleh First Instance Body (FIB) pada April 2022.

Pengambilalihan Perak FC oleh XOX mendapat liputan yang meluas kerana isu gaji para pekerja dan hutang tertunggak yang dihadapi sebelum ini.

Perak FC ingin kembali beraksi di peringkat tertinggi kejohanan dan pasukan perlu memenangi perlawanan seterusnya untuk mengembalikan jumlah mata mereka ke paras sifar.

Peak FC akan menentang Kelantan United FC dalam perlawanan di tempat lawan pada 25 Jun ini dengan skuad penuhnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya